Assalamualaikum, saya sebagai ketua kumpulan GaleriKL, Adriana Aleesya Binti Mohd Tahir bersama dengan ahli kumpulan sayatelah membuat lawatan ke Galeri KL pada 26 Ogos 2023. Ahli kumpulan saya terdiri daripada :
Assalamualaikum, I as the leader of the KL Gallery group, Adriana Aleesya Binti Mohd Tahir together with my group members visited KL City Gallery on 26 August 2023. My group members consist of :
Damia Aerissa
Puteri Nur Sofeeya Batrisyia
Nur Aqilah
Raja Nur Irdina Bilqis
Nur Aressya
Izz An- Nisa
Muhammad Iqram
Muhammad Ali Imran
Muhammad Hayl Iman
GALERI KL
Galeri Kuala Lumpur (Galeri KL) dibina pada tahun 1899 saat masa pemerintahan kolonial Inggeris. Galeri KL pertama kali dibangunkan untuk memenuhi keperluan Kementerian Kuala Lumpur. Tempat tersebut menggantikan Kantor percetakan pemerintah di Taiping yang ditutup. KL City Gallery ini merupakan pusat informasi mengenai sejarah Kuala Lumpur dari zaman dulu hingga kini.
Kuala Lumpur Gallery (KL Gallery) was built in 1899 during the time of British colonial rule. KL Gallery was first developed to meet the needs of the Ministry of Kuala Lumpur. The place replaced the government printing office in Taiping which was closed. KL City Gallery is an information center about the history of Kuala Lumpur from the past to the present.
Kegunaan Galeri KL pada masa dahulu dan sekarang. Pada
masa dahulu Galeri KL ini telah dijadikan Pejabat, semasa pentadbiran Kolonial British membuat sebagai Kantor
Percetakan. Pada masa sekarang, Galeri bandaraya
Kuala Lumpur ini telah menjadi tempat penarik pelancong dengan memiliki konsep
yang menarik dengan menyimpan koleksi lukisan dan pelbagai tentang sejarah
perkembangan dahulu.
The use of KL Gallery in the past and present. In the past, KL Gallery was used as an Office, during the British Colonial administration it was used as a Printing Office. Currently, the Kuala Lumpur City Gallery has become a tourist attraction with an interesting concept of keeping a collection of paintings and various information about the history of the past.
Keistimewaan
ditempat Galeri KL ini Mulai dari Sejarah berdirinya bandaraya Kuala lumpur,
tokoh – tokoh penting yang sangat berjasa terhadap perkembangan bandar
tersebut, hingga kebudayaan bandar Kuala Lumpur yang sudah moden. Ruangan
dalam Galeri ini direka dengan menarik agar pelawat memiliki rasa ingin tahu tentang
bandaraya Kuala Lumpur ini.
The specialties of KL Gallery start from the history of the establishment of the city of Kuala Lumpur, important figures who contributed greatly to the development of the city, to the modern culture of the city of Kuala Lumpur. The rooms in this Gallery are designed in an interesting way so that visitors have a sense of curiosity about the city of Kuala Lumpur.
Pada 24 Ogos 2023 , kami berkunjung ke Masjid Negara bersama 6 orang ahli kami iaitu Qasdina, Arissa, Wardya, Haifaa, Azeem dan Syazwina.
MASJID NEGARA
Masjid Negara mula dibina pada tahun 1963 dan siap dibina pada tahun 1965. Mulai detik itu, ia telah dijadikan Masjid Rasmi Kerajaan Malaysia. Masjid Negara merupakan mercu tanda kepada Malaysia yang telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.
Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh 3 orang arkitek dari Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan - arkitek Hisham Albakri, Howard Ashley (dari United Kingdom) and Dato Baharuddin Kassim. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya.
Di sana, terdapat galeri Masjid Negara yang mengandungi sejarah-sejarah. Masjid Negara juga terdapat nama-nama imam besar.
NAMA - NAMA IMAM BESAR :
- Mohd Ghazali Abdullah
- Mohd Salleh Hassan Farid
- Abdul Mohsein Salleh
- Ahmad Shahir Daud
- Abu Hassaan Din Al-Hafiz
- Arifin Harun
- Taib Azamudden Md Taib
- Abdul Jalil Sindring @ Perangreng
-Wan Halim Wan Harun
-Kamaruddin Zakaria
-Ismail Muhammad
-Ehsan Mohd Hosni
Menara Masjid Negara
Masjid Negara boleh menampung seramai 15 000 orang jemaah. Memupuk kefahaman dan kesedaran masyarakat ke arah pengalaman dan penghayatan cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam.
Saya Muhammad Danish Rayyan dan ahli pasukan saya bergerak ke Muzium Tekstil Negara dengan bimbingan 3 orang guru. Kami bertolak pada pukul 1:50PM di Stesen LRT Setiawangsa.
I, Muhammad Danish Rayyan with my team members went to the National Textile Museum with the guidance of 3 teachers. We left at 1:50pm from Setiawangsa LRT station.
Harga token LRT Kelana Jaya line dari Stesen KJ7 ke Stesen KJ13 Masjid Jamek bagi setiap individu ialah RM2.90. Jika sembilan orang, harganya menjadi RM26.10. Ditambah pula dengan harga masuk Muzium Tekstil Negara, kanak-kanak dibawah umur 12 adalah percuma. Jika dewasa warganegara, RM 2.00. Dewasa tiga orang, jadinya harga RM6.00. Kesimpulannya, kos keseluruhan sepanjang lawatan ini adalah RM32.10.
The token fee for LRT Kelana Jaya line from KJ7 Setiawangsa Station to KJ13 Masjid Jamek Station for each individual is RM2.90. If nine people want to ride the LRT Train, the fee will be RM26.10. In addition, the entrance fee of the National Textile Museum for children under the age of 12 are free. If you are an adult Malaysian citizen, the fee will be RM2.00. Since there were three adults, so the price is RM 6.00. In conclusion, the total cost of this tour is RM32.10.
Muzium Tekstil Negara terletak di sekitar kawasan bersejarah di sebuah bangunan lama yang dibina pada tahun 1905 dan sekarang dijadikan muzium pada bulan Oktober 2007. Muzium ini telah dibuka kepada orang ramai pada 9 Januari 2010.
The National Textile Museum is located around the historic area at an old building built in 1905 and turned into a museum in October 2007. The museum was opened to the public on January 9, 2010.
Muzium Tekstil Negara ini direka oleh arkitek Inggeris, Arthur Charles Alfred Norman dan dibina oleh Arthur Benison Hubback. Pada asalnya, Muzium Tekstil ini adalah sebuah ibu pejabat Kereta Api Tanah Melayu (KTM). Setelah itu, bangunan ini telah menjadi bangunan bersejarah dan sebuah khazanah negara pada tahun 1983.
The National Textile Museum was designed by an English architect, Arthur Charles Alfred Norman and was built by Arthur Benison Hubback. Originally, the National Textile Museum was the headquarters of the Malayan Railway office (KTM). Later, this building became a historic building and declared as a national treasure in 1983.
Pada awalnya, bangunan muzium ini dibina bagi menepatkan ibu pejabat Keretapi Tanah Melayu. Kini bangunan muzium ini dibina bagi menepatkan sebuah muzium, iaitu Muzium Tekstil Negara. Muzium Tekstil Negara juga menghimpunkan pelbagai khanazah tekstil di Malaysia.
In the beginning, this museum building was built as the headquarters of the Malayan Railways. Today, this building has become a museum, that is the National Textile Museum. The National Textile Museum also showcases various textile treasures in Malaysia.
Keistimewaan muzium ini adalah menunjukkan salah satu komoditi dagangan utama di Tanah Melayu. Muzium ini juga tersohor dan mempunyai pelbagai jenis aksesori dan pakaian.
The specialty of this museum is showcasing one of the main trading commodities in Malaya. The museum is also famous and has a wide variety of accessories and clothes.
Ini adalah Bangunan
Sultan Abdul Samad.Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah
mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini
mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia
mula dibina 1894.
Pada peringkat awal, nama
bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan (New Government
Offices). Apabila Persekutuan
Tanah Melayu dibentuk
pada 1948, bangunan ini dinamakan Sekretariat Persekutuan.
Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri
Selangor dipindahkan ke Shah Alam. Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan
Duta, Damansara. Oleh itu nama bangunan ini ditukar kepada Bangunan Sultan
Abdul Samad sempena nama Sultan Selangor yang memerintah dari 1857 - 1898. Nama
ini kekal hingga sekarang.
Keistimewaan
bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, jam menaranya dan arked serta
lengkungannya yang luas.
Sebelum kemerdekaan, bangunan ini berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran
Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen General, Pejabat Besar Pos dan
selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan
Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan.
Di hadapan bangunan indah ini beberapa
peristiwa sejarah berlaku di Dataran Merdeka. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31
Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah
satu era dijajah kepada era masyarakat yang Merdeka
Ini adalah dataran
Merdeka. Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak
dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket
bagi Kelab Selangor . Di sinilah,bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikan buat pertama kali
pada tengah malam 31 Ogos 1957.[1] Semenjak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat
perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia setiap tahun sejak 1957. Pelbagai acara diadakan di sini.
Antaranya ialah Citrawarna dan Larian
Merdeka
Dataran
Merdeka mempunyai bahagian bawah tanah yang dibangunkan pada tahun 1995.
Dataran Merdeka bolehlah dikatakan berfungsi sebagai terowong keselamatan jika
terjadi peperangan sebagaimana di Iraq.
Namun begitu pada tahun 1998, Dataran Merdeka ditenggelami air banjir kilat yang melimpah dari
Sungai Bonus. Tahun 1971 Kuala Lumpur turut ditenggelami banjir besar.
Keistimewaan dataran Merdeka ialah benderanya yang setinggi 95 meter.
Dataran Merdeka kini digunakan semula untuk
sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-66 termasuk Konsert Menjelang Malam Merdeka.
Pada hari Selasa lepas (22/8/2023), Kumpulan kami telah pergi ke Taman
Tasik Titiwangsa, disana merupakan kawasan riadah yang terletak di timur laut
Kuala Lumpur, Malaysia. Ia juga mempunyai taman di tepi tasik dan disediakan
kemudahan seperti taman permainan kanak-kanak, padang permainnan, pancutan air
berirama dan lain-lain. Disitu juga terdapat tempat untuk bersukan seperti di
kompleks sukan. Di taman ini juga terdapat banyak jualan seperti foodtruck dan
jualan aiskrim. Kumpulan kami telah menyewa basikal yang berharga RM 10 untuk 1
jam. Di Taman Tasik Titiwangsa mempunyai pemandangan yang indah untuk menangkap
gambar.
Last Tuesday (22/8/2023), our group went to Taman Tasik Titiwangsa, a leisure area located in the northeast of Kuala Lumpur, Malaysia. It also has a lakeside park and facilities such as a children's playground, field, rhythmic water fountains and others. There is also a place to do sports such as the sports complex. In this park there are many food trucks and ice cream booth. Our group rented a bicycle which costs RM 10 for 1 hour. Taman Tasik Titiwangsa has many beautiful views where you can capture a lot of beautiful photos.
Taman ini mempunyai keluasan 46.13 hektar atau 114 ekar yang
terletak 3km dari pusat bandar. Taman ini sangat luas untuk melakukan aktiviti
riadah bersama keluarga tersayang. Taman Tasik Titiwangsa dibuka dengan
rasminya pada 1 Februari 1980 oleh Perdana Menteri Allahyarham Tun Hussein Onn.
Sebelum taman ini dinamakan Taman Tasik Titiwangsa, nama taman ini ialah Taman
Jalan Kuantan. Taman Tasik Titiwangsa juga dipilih memandangkan Titiwangsa
adalah banjaran gunung yang menjadi tulang belakang semenanjung Malaysia.
This park has an area of 46.13 hectares or 114 acres and is located 3km from the city center. This park is very spacious for you to do leisure activities with your beloved family. Taman Tasik Titiwangsa was officially opened on the 1st February 1980 by the late Prime Minister Tun Hussein Onn. Before it was named Taman Tasik Titiwangsa, the original name of this park was Taman Jalan Kuantan. Taman Tasik Titiwangsa was chosen since Titiwangsa is the mountain range that forms the backbone of peninsular Malaysia.
Aktiviti yang boleh kita lakukan ialah menangkap gambar,
melihat pemandangan yang indah, berjogging, bermain taman dan lain-lain. Disana
kami menangkap gambar dan meneroka taman ini. Terdapat sebuah taman air yang
boleh kita mandi.Waktu operasi taman ini ialah pada 6 pagi sehingga 10 malam pada
setiap hari.
The activities that we can do here are taking pictures, watching beautiful scenery, jogging, playing in the park and many others. We also took pictures and explored the park. There is a water park where we can swim. This park operated from 6 am to 10 pm every day.
Kawasan Taman Tasik Ttitiwangsa ialah kawasan semulajadi
dimana disitu terdapat kolam bekas lombong. Kos untuk ke Taman Tasik Titiwangsa
menggunakan ialah Grab RM20.
Itu sahaja daripada kami. Terima kasih kerana membaca blog
kami. Jumpa lagi!!!
Taman Tasik Ttitiwangsa is a natural area where there used to be a mining site which turned into a big pond. The cost to go to Taman Tasik Titiwangsa from our school using Grab is RM20.
That's all from us. Thank you for reading our blog. See you again!!!
Pada 26 Ogos 2023, kami sekumpulan seramai 4 orang telah melawat Pasar Seni atau dikenali sebagai Central market . Kos kami ke sana adalah RM 16 untuk pengangkutan LRT pergi dan balik. Setiap orang membawa RM 20 sebagai wang saku. Kami mula bergerak dari stesen LRT Setiawangsa ke stesen LRT Pasar Seni. Setibanya di sana, kami melintas jalan raya untuk ke bangunan Pasar Seni.
Pasar Seni ini ditubuhkan pada tahun 1888 tetapi Pasar Seni secara rasminya dibuka pada April 1986, selepas kemerdekaan bangunan ini telah dicuba untuk dirobohkan tetapi setelah pelbagai usaha, ianya tidak berjaya. Dahulunya, Central Market dikenali sebagai Pasar Besar Kuala Lumpur yang menjual barang-barang basah seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan barangan runcit. Barang-barang yang dijual adalah barangan keperluan seharian bagi penduduk dan pelombong biji timah.
Kini, pasar tersebut sekali lagi berubah wajah pada tahun 1985, ia telah diubahsuai dan dinaiktaraf. Central Market ini telah dijadikan sebagai pusat sehenti tradisi untuk produk seni dari Malaysia dan negara Asean. Pasar Seni juga adalah tempat tarikan pelancong yang memaparkan budaya dan tradisi Malaysia.
Pasar Seni mempunyai pelbagai etnik yang boleh dikatakan sangat menarik dan menjadi trademark mereka, ini kerana di sana mempunyai 4 lorong yang menggambarkan 4 etnik. Iaitu adalah Lorong Cina, Lorong India, Jalan Melayu dan Lorong Kelapa. Pasar Seni atau Central Market mempunyai pelbagai jenis kraf tangan yang dihasilkan oleh pelbagai kaum di Malaysia. Terdapat pelbagai jenis seni yang dipamerkan di sana. Antaranya adalah seni kontemporari, karikatur, bengkel batik, lorong seni, seni bina, gambar-gambar potret dan lain-lain.
Setelah selesai melawat, kami membeli cenderahati yang menarik sebagai memori lawatan ini. Akhirnya, kami semua pulang.
Masjid Jamek merupakan salah satu masjid tertua di Kuala Lumpur
dandiwartakan pada tahun 1909.
SEJARAH:
Masjid ini dibina pada tahun 1909. Pembinaannya direka bentuk dan diselia oleh Pemangku
Arkitek Kuala Lumpur, Arthur Beninson Hubback,yang sebelum ini bertugas di Jabatan Kerja Awam di India.
FUNGSI: Masjid Jamek merupakan masjid utama bagi solat Jumaat dan pusat aktiviti Islam sehinggalah pembinaan Masjid Negara pada tahun 1967.
Fungsi tempat Masjid Jamek sebelum dibina adalah seperti berikut:
Masjid Jamek dibina di atas lokasi sebuah perkuburan melayu lama dipertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak yang merupakan pusat pentadbiran British pada zaman penjajahan.
KEISTIMEWAAN:
Keistimewaan masjid ini ialah kedudukannya yang terletak dipertemuan antara Sungai Gombak dan Sungai Klang.Upacara perletakan
batu asas pembinaan masjid ini telah dilakukan pada 23 Mac 1908 dan disempurnakan pembukaannya oleh DYMM Sultan Alauddin Sulaiman Shah pada 23 Disember 1909.
RIVER OF LIFE
River of Life ialah sebuah projek yang
bertujuan untuk memulihara dan memperindah Sungai Klang dan Sungai Gombak yang mengalir melalui Kuala Lumpur. Projek ini bermula pada tahun 2011 dan siap pada tahun 2018.
SEJARAH: River of Life juga mempunyai
sejarah yang menarik. Ia merupakan kawasan yang pernah menjadi pusat perdagangan dan pentadbiran British ketika zaman penjajahan.
River of Life adalah sebuah projek yang
mempunyai beberapa fungsi, antaranya:
Memulihara dan memperindah Sungai Klang dan Sungai Gombak yang mengalir melalui Kuala Lumpur dengan meningkatkan kualiti air dari, kelas lll ke kelas llb yang sesuai untuk aktiviti rekreasi bersentuhan badan.
Meningkatkan nilai ekonomi dan pelancong kawasan sekitar sungai, dengan merancang pembangunan swasta dan awam yang menarik dan berdaya saing.
KEISTIMEWAAN: River Of Life telah diiktiraf sebagai salah satu daripada 10 lanskap pancutan air terbaik di dunia oleh The Independent pada tahun 2019.