Monday, September 11, 2023

Masjid Negara

Pada 24 Ogos 2023 , kami berkunjung ke Masjid Negara bersama 6 orang ahli kami iaitu Qasdina, Arissa, Wardya, Haifaa, Azeem dan Syazwina.

MASJID NEGARA 

 Masjid Negara mula dibina pada tahun 1963 dan siap dibina pada tahun 1965. Mulai detik itu, ia telah dijadikan Masjid Rasmi Kerajaan Malaysia. Masjid Negara merupakan mercu tanda kepada Malaysia yang telah menjadikan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh 3 orang arkitek dari Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan - arkitek Hisham Albakri, Howard Ashley (dari United Kingdom) and Dato Baharuddin Kassim. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya.

Di sana, terdapat galeri Masjid Negara yang mengandungi sejarah-sejarah. Masjid Negara juga terdapat nama-nama imam besar.

NAMA - NAMA IMAM BESAR :

- Mohd Ghazali Abdullah

- Mohd Salleh Hassan Farid

- Abdul Mohsein Salleh

- Ahmad Shahir Daud

- Abu Hassaan Din Al-Hafiz

- Arifin Harun

- Taib Azamudden Md Taib

- Abdul Jalil  Sindring @ Perangreng                  

-Wan Halim Wan Harun

-Kamaruddin Zakaria

-Ismail Muhammad

-Ehsan Mohd Hosni

 

Menara Masjid Negara 

Masjid Negara boleh menampung seramai 15 000 orang jemaah. Memupuk kefahaman dan kesedaran masyarakat ke arah pengalaman dan penghayatan cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam.  

 



No comments:

Post a Comment

GALERI BANDARAYA KUALA LUMPUR

Assalamualaikum, saya sebagai ketua kumpulan Galeri   KL, Adriana Aleesya Binti Mohd Tahir bersama dengan ahli kumpulan saya   telah membuat...