Monday, September 11, 2023

BANGUNAN SULTAN ABDUL SAMAD DAN DATARAN MERDEKA




Ini adalah Bangunan Sultan Abdul Samad. Bangunan Sultan Abdul Samad terletak di hadapan Dataran Merdeka adalah mercu tanda bagi bandar raya Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Bangunan ini mengambil nama Sultan Abdul Samad, sempena nama Sultan Selangor pada masa ia mula dibina 1894.

Pada peringkat awal, nama bangunan ini hanya dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan (New Government Offices). Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 1948, bangunan ini dinamakan Sekretariat Persekutuan.



Tahun 1974, semua pejabat Kerajaan Negeri Selangor dipindahkan ke Shah Alam. Pejabat kerajaan persekutuan Malaysia dipindahkan ke Jalan Duta, Damansara. Oleh itu nama bangunan ini ditukar kepada Bangunan Sultan Abdul Samad sempena nama Sultan Selangor yang memerintah dari 1857 - 1898. Nama ini kekal hingga sekarang.

Keistimewaan bangunan ini adalah ketiga-tiga kubahnya, jam menaranya dan arked serta lengkungannya yang luas.




Sebelum kemerdekaan, bangunan ini berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Pejabat Residen General, Pejabat Besar Pos dan selepas kemerdekaan pula, ia dijadikan sebagai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Majlis Mesyuarat Negeri dan Perbendaharaan Kerajaan.


Di hadapan bangunan indah ini beberapa peristiwa sejarah berlaku di Dataran Merdeka. Di sinilah tempat di mana bendera Union Jack diturunkan pada 31 Ogos 1957 dan bendera Jalur Gemilang dikibarkan. Peristiwa ini menunjukkan berlalulah satu era dijajah kepada era masyarakat yang Merdeka



Ini adalah dataran Merdeka. Dataran Merdeka dahulunya dikenali sebagai Padang Kelab Selangor terletak dipusat pentadbiran lama Kuala Lumpur. Pada asalnya ia merupakan padang kriket bagi Kelab Selangor . Di sinilah, bendera Union Jack diturunkan dan bendera Federasi Malaya dinaikan buat pertama kali pada tengah malam 31 Ogos 1957.[1] Semenjak itu, Dataran Merdeka menjadi tempat perarakan sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia setiap tahun sejak 1957. Pelbagai acara diadakan di sini. Antaranya ialah Citrawarna dan Larian Merdeka



Dataran Merdeka mempunyai bahagian bawah tanah yang dibangunkan pada tahun 1995. Dataran Merdeka bolehlah dikatakan berfungsi sebagai terowong keselamatan jika terjadi peperangan sebagaimana di Iraq.



Namun begitu pada tahun 1998, Dataran Merdeka ditenggelami air 
banjir kilat yang melimpah dari Sungai Bonus. Tahun 1971 Kuala Lumpur turut ditenggelami banjir besar.



Keistimewaan dataran Merdeka ialah benderanya yang setinggi 95 meter.

 
Dataran Merdeka kini digunakan semula untuk sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-66 termasuk Konsert Menjelang Malam Merdeka.



No comments:

Post a Comment

GALERI BANDARAYA KUALA LUMPUR

Assalamualaikum, saya sebagai ketua kumpulan Galeri   KL, Adriana Aleesya Binti Mohd Tahir bersama dengan ahli kumpulan saya   telah membuat...